( Viral ) Tiba-Tiba Hamil 5 Bulan Rupa-rupanya…

loading...
Tiba-Tiba Hamil 5 Bulan Rupa-rupanya…

BAGI seorang gadis, Lin (bukan nama sebenar), 24, mengakui dia teraniaya oleh rakan lelaki yang mengajaknya keluar untuk makan malam.

“Saya tidak menyedari bahawa rakan lelaki saya meletakkan pil khayal dalam minuman ketika saya ke tandas.

“Selepas minum, saya tiba-tiba berasa pening dan rakan lelaki itu terus membawa saya ke sebuah rumah kosong. Saya tidak menyedari apa yang dia lakukan terhadap saya,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia Sabtu.


Lin yang bekerja di sebuah kedai baju mengakui, dia tidak mengetahui langsung akan mengandung kerana tiada mengalami sebarang perubahan fizikal.

“Saya hanya menyedari berbadan dua ketika mengangkat kotak semasa bekerja dan merasakan ada sesuatu bergerak di dalam perut. Saya buat pemeriksaan di klinik dan doktor sahkan saya hamil lima bulan,” katanya.

Lin yang merupakan anak ke-10 daripada 13 adik-beradik takut untuk memberitahu keluarganya namun, terpaksa memaklumkan kepada kakak serta abang kandungnya.

“Saya hanya memberitahu mereka berdua kerana mahu berbincang tentang kehamilan saya dan abang menyarankan saya ke tempat perlindungan ini.

“Ketika memasuki pusat perlindungan ini, saya sudah hamil lima bulan dan sekarang sedang menunggu masa untuk bersalin,” katanya yang sehingga kini, ibu dan keluarganya di kampung tidak mengetahui tentang perkara itu.

Lin merasa kecewa dengan kejadian tersebut dan pernah terfikir untuk mengugurkan kandungannya tetapi tidak berjaya.

“Saya makan nenas bersama cuka untuk menggugurkan kandungan namun, kandungan masih baik sehingga sekarang,” katanya.

Menurutnya, kakak dan abangnya tidak membenarkan dia berjumpa dengan lelaki tersebut dan tidak membuat sebarang laporan polis kerana khuatir keluarga di kampung mengetahui perkara berkenaan.

“Kakak dan abang saya pesan jangan beritahu sesiapa kerana tidak mahu menyusahkan keluarga di kampung,” katanya.
loading...

0 Response to "( Viral ) Tiba-Tiba Hamil 5 Bulan Rupa-rupanya…"

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close