KESIAN!! Kenapalah tergamak buat macam ni. Dirotan & Ditinggalkan Di Tepi Jalan

loading...
Dirotan & Ditinggalkan Di Tepi Jalan
BATU PAHAT – Seorang kanak-kanak perempuan ditemui berkeliaran di tepi jalan selepas dipukul dan ditinggalkan oleh ibunya di Jalan Parit Osman, Parit Sulong.
Lapor The Star, orang awam yang menemui kanak-kanak itu terus memaklumkan perkara itu kepada pihak polis, selepas mengesan beberapa luka di badannya, pada jam 6.55 pagi semalam.
Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Din Ahmad berkata, mangsa yang dipercayai berusia 4 tahun itu mendakwa dirinya telah dirotak oleh ibunya di rumah, sebelum ditinggalkan di tepi jalan pada malam Isnin.
“Kanak-kanak itu memberitahu dia tinggal di ladang yang berhampiran. Tetapi tidak dapat memberi maklumat mengenai ibu bapa atau tempat tinggalnya,” katanya.
ACP Din berkata, mangsa kelihatan lemah yang mungkin keletihan dan kelaparan telah dihantar ke Hospital Batu Pahat untuk menjalani rawatan. Polis juga turut menemui kesan luka dan cara pada tangan dan jari mangsa yang cedera, namun sudah dibalut ketika mangsa ditemui.
“Mangsa mendakwa kecederaan itu dialami selepas dirotan oleh ibunya. Tetapi kita masih belum dapat mengesahkan cerita ini kerana ibu bapa mangsa belum dapat dikenal pasti,” katanya.
ACP Din menggesa orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kes itu, segera menghubungi balai polis berhampiran atau menghubungi hotline 07-2212999.
“Kami sedang menyiasat kes ini di bawah Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001 bagi penderaan kanak-kanak,” katanya. – PIXEL MEDIA
KONGSIKAN Jika Rasa Artikel Ini Bermanfaat!
loading...

0 Response to "KESIAN!! Kenapalah tergamak buat macam ni. Dirotan & Ditinggalkan Di Tepi Jalan"

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close