Ujang bapa penyayang .. Bapa tunggal ini maut tersepit lori dipandu langgar belakang treler (10Gambar)

loading...
Ujang bapa penyayang .. Bapa tunggal ini maut tersepit lori dipandu langgar belakang treler (10Gambar)

Kota Tinggi : Seorang lelaki  Azrin Bin Mohammad maut apabila lori dipandu nya melanggar belakang treler dalam kemalangan pukul 9 malam tadi di KM 72.7 arah Utara dari Machap ke Ayer Hitam.
Dalam kemalangan tersebut Azrin atau lebih dikenali dengan panggilan Ujang yang merupakan " Bapa Tunggal ' kepada 3 orang anak yang terdiri dari 2 perempuan seorang lelaki maut tersepit apabila lori nya merempuh belakang sebuah treler yang berada di hadapan.
Ujang yang berpisah dengan isteri nya merupakan seorang bapa yang sangat penyayang dan selalu berkerja keras demi anak-anak dan diri nya.







Mengikut bekas adik ipar Ujang yang dikenali dengan nama Rose, tiga anak saudara nya sekelip mata kehilangan bapa mereka dalam kejadian itu, Arwah bekas abang ipar nya seorang yang rajin dan berkerja keras demi keluarga nya.
Rose menyuarakan rasa sedihnya dilaman sosialnya, Arwah Ujang berasal dari  Felda Lok Heng Kota Tinggi.
Punca sebenar kejadian masih disiasat oleh pihak berwajib mengatuk dan kepenatan semasa memandu mungkin menjadi punca kemalangan terbabit.
Jenazah nya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Felda Lok Heng hari ini, semoga anak-anak tabah dengan kehilangan seorang insan yang bergelar bapa. Al fatihah 
loading...

0 Response to "Ujang bapa penyayang .. Bapa tunggal ini maut tersepit lori dipandu langgar belakang treler (10Gambar)"

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close