Tahu kah Anda ? Suka Kunyah Ais! Anda Rupanya Penghidap Anemia

loading...
Suka Kunyah Ais! Anda Rupanya Penghidap Anemia

Tidak dinafikan ramai yang mempunyai tabiat mengunyah ais. Tidak kiralah semasa lapang atau selepas minum dan makan. Namun, tahukah anda bahaya yang menanti dengan tabiat kunyah ais ini. 
Menurut salah seorang doktor yang menjadi pengasas kepada MedTweetMY iaitu sekumpulan doktor-doktor pakar yang banyak membantu menerangkan kepada masyarakat tentang masalah kesihatan iaitu Dr. Khairul Hafidz, 'habit' kunyah ais adalah petanda kepada anemia.
Apa itu anemia?
Anemia adalah berkurangnya jumlah sel darah merah atau kandungan hemoglobin didalam darah. Hemoglobin (Hb) adalah suatu senyawa protein pembawa oksigen didalam sel darah merah. Sel darah merah diproduksi di sumsum tulang. 
Tabiat mengunyah ais ini pula dinamakan Pagophagia
'Pica' adalah satu term perubatan yang membuatkan kita ingin mengunyah atau makan sesuatu yang tiada nilai nutrisi seperti ais, kapur, kertas, pasir, batu dan sebagainya.
Orang yang suka kunyah ais juga adalah pentanda badan mereka kekurangan zat besi. Jadi, jika anda atau sesiapa yang anda kenali suka sangat kunyah ais, lebih baik bawa pergi berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut. 
Bahaya Anemia yang sangat parah boleh mengakibatkan kerosakan jantung, otak dan organ tubuh lain, bahkan boleh menyebabkan kematian.

loading...

0 Response to "Tahu kah Anda ? Suka Kunyah Ais! Anda Rupanya Penghidap Anemia"

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close