( Kini Trending ) Dah Agak Dah! Akhirnya Pengganti Najip Ali Untuk MLM2017 Ini Didedahkan.. Bukan Calang-Calang!

loading...
 Dah Agak Dah! Akhirnya Pengganti Najip Ali Untuk MLM2017 Ini Didedahkan.. Bukan Calang-Calang!

Akhirnya persoalan mengenai kerusi juri tetap program Maharaja Lawak Mega 2017 terjawab apabila pengacara terkenal, Datuk Aznil Nawawi dipilih untuk menggalas tugas berkenaan.
Menerusi kenyataan rasmi dikeluarkan badan penyiaran Astro, Aznil akan memulakan tugasnya malam ini.
"Demi menghormati semua pihak dan terus memeriahkan Maharaja Lawak Mega untuk peminat, tenaga produksi telah mengambil keputusan untuk menggantikan Najip Ali dengan Datuk Aznil Nawawi sebagai juri tetap di dalam program ini," menurut kenyataan hari ini.
Bagaimanapun, tiada penjelasan lanjut berhubung perkara itu dan sebaliknya sidang media akan diadakan pada malam ini.
Aznil pula ketika ini dikatakan sedang dalam perjalanan pulang dari London.
Pemilihan itu dilakukan susulan juri terdahulu Najip terpalit kontroversi berhubung program "OK Chope!" yang didakwa mempersendakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Program yang turut disertai empat lagi selebriti itu menuntut mereka meneka tempat kosong iaitu Najib slams ... for threatening Malaysia’s progress.
Episod ke-26 itu bersiaran pada 29 Mac lalu di rancangan hiburan di media Singapura.
loading...

0 Response to "( Kini Trending ) Dah Agak Dah! Akhirnya Pengganti Najip Ali Untuk MLM2017 Ini Didedahkan.. Bukan Calang-Calang!"

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close