loading...
Kakak & Adik Selalu Balik Kampung..Aku Sangka Jenguk Mak,Rupanya Ini Kerja Mereka
Saya dah berkahwin 15tahun.ada 4orang anak yang comel2.. Alhamdulillah. saya bersyukur dapat suami saya ni. dia rajin memasak tuk saya & anak2.tak pernah tinggi suara.kalau ada nak nasihat,dia guna cara diplomasi,tak cemburu.paling penting banyak bimbing saya dalam agama.kami sama2 sentiasa nasihat menasihati walaupun saya ni jenis yang degil, kuat merajuk tapi dia sabar layan kerenah saya.
Bergaduh 2 biasalah kan.tapi lepas 2 kami berbaik & lupakan sume 2.suami bukan kaki perempuan.boleh kata saya bahagia dengan dia & anak2.
saya juga beruntung kerana mil sangat2 baik.mil memang sayangkan saya.kalau berjumpa macam2 hal yang kami cerita kan.saya memang jaga hubungan dengan mil.kadang2 beli kan hadiah tuk mil sebagai tanda terima kasih & syukur sebab dia mendidik suami saya dengan baik.
tapi bila balik ke rumah mil,saya rasa sakit hati & sedih dengan perangai kakak & adik ipar ppuan. mil saya ni memang rajin mengemas & memasak.ada je kerja dia nak buat walhal umur dah dekat 80an.Alhamdulillah dia sihat je.saya selalu nasihatkan jangan selalu buat kerja.rehat2 lah.saya risaukan kesihatan dia sebab kami duduk jauh.kalau apa2 hal susah kami nak jenguk sebab bekerja shift & anak2 sekolah.
tp mil cakap insyaAllah Allah akan jaga mak.so saya diamkan je lah.masalahnya,anak2 mil yang ppuan suka ambil kesempatan kat mak sendiri. yang kak ipar tinggal dekat2 dengan mil.anak 5orang.kadang2 bila cuti dia tinggalkan anak2 dengan mil.yang dia nya keluar ntah pergi mana.anak yang paling besar 16tahun,tapi langsung tak reti tolong berkemas.kalau makan 2,dia cuma basuh pinggan sendiri.ada barang2 lain dalam sinki, dia takkan basuh.duduk depan tv tengok rancangan kpop. langsung tak reti tolong kat dapur.
bila panggil,dia datang.kita suruh buat 1benda,2 jelah yg dia buat. lepas 2 hilang.kak ipar & suami ni berjaya dalam kerjaya tapi bab bimbing anak2..maaflah..sedih sangat!!anak2 lepas mandi letak towel merata.baju,seluar kotor bersepah2.padahal anak2 sume dah besar, dah pandai berfikir. saya lah yg tolong kemas.nanti kalau saya perintah2 anak dia, kak ipar & suami tarik muka.
saya selalu di jadikan balaci oleh kak & adik ipar.adik ipar pun sama,lgsg tak pernah nak tolong mak sendiri masak or kemas rumah.bila kt w/app group puji2 mil masak sedap,tp tak pernah nak tolong kat dapur.bila balik kampung je, dia,suami & anak2 keluar jalan2.dah lunch baru balik & lauk2 pun dh siap masak. sayalah yg tukang tolong mil masak.saya yg menantu ni boleh ckp dengan husband kalau nk jalan,kita jalan petang lepas asar or malam.sbb nnti takde orang nk tolong mak masak,kesian.tapi anak2 ppuan dia tak pernah nak tolong.nak tengok anak2 dia tolong lipat kain pun susah.saya yang menantu ni tolong mil lipat kain.sedih betul tengok mil dibuli anak sendiri.
pernah sekali waktu raya, saya tengah sarat mengandung tp saya kt dapur dr pagi sampai malam buat kerja.adik ipar yg mengandung jgak tp tkde apa2 komplikasi rilek duduk main henpon!!
saya geram sangat2!! dahlah sarat, kaki bengkak, tido plak atas toto je.dia sedap2 tido atas tilam empuktapi suami sian kat saya, dia urut2 kaki & belakang saya. tiap kali saya tolong mil, suami tak lupa ucap terima kasih kt saya sambil usap2 pipi saya. mulalah ayat romantis keluar tak sia2 saya pilih awak sbb awak pandai jaga mak saya hehehe
suami tau saya bengang dgn kakak & adik dia sbb saya selalu mengadu,tapi dia pun tak tau nak buat apa.yelah,masing2 dah besar panjang.kakak & adik belajar tinggi,jawatan pun hebat,tapi lack of common sense. saya cuma kesian kat mil. sampaikan saya rasa malas dah nak balik rumah mil,tapi saya sian kat mil,husband & anak2. bila kenangkan d/org buat saya macam balaci & buli mil saya jadi marahsaya korbankn jgak perasaan saya.tak sampai hati tengok husband rindukan mak dia & anak2 rindukan nenek. tak sampai hati jgak bila mil selalu bertanyakan khabar cucu.
saya cuma nak pesan kat sini janganlah buat mak kita macam 2.umur macam 2 dah patut rehat & lebihkan amalan, bukan masak 24jam tuk anak & cucu2. kalau tak pun ringakan lah tulang bantu kt dapur.jangan jadikan alasan ada anak kecik tuk culas membantu sbb saya pun ada baby tp bila time masak saya suruh suami jaga anak & saya ke dapur.bukannya balik rumah mak, sebut teringin nak makan itu, ini tapi menolongnya takde!!saya ni sebagai menantu pun boleh kesian mil,takkan lah anak sendiri tak boleh.kasihani lah mak kita sementara dia hidup.sesekali balik,hiburkan dia dengan bawak dia jalan2, bukannya awak pergi jalan2 & biarkan mak 2 tebongkok2 masak.tau2 sampai rumah makanan dah siap hidang. fikirkan lah.kita ni ada anak, jangan sampai nanti anak2 buat kita macam 2 pulak.-KRT
mil = mother in law (mak mertua)
loading...
0 Response to "Kakak & Adik Selalu Balik Kampung..Aku Sangka Jenguk Mak,Rupanya Ini Kerja Mereka"
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.