Awas, 5 Perkara Ini Akan Terjadi Jika Selalu Tengking Anak

loading...
Awas, 5 Perkara Ini Akan Terjadi Jika Selalu Tengking Anak

Saya nak berkongsi dengan korang semua tentang perkara ni, memandangkan saya juga ada tiga orang anak yang sedang membesar sekarang ini.
Bila anak anak buat salah tentunya rasa nak jerit, marah dan tengking mereka, nak lagi ketika kita sendiri tengah stress dan ada masalah.
Tapi bila saya terbaca tentang ini, baru saya sedar perbuatan tengking anak boleh membawa kesan negatif kepada mereka.
Cuba korang baca kat bawah ni.
Anak yang setiap hari dihadapkan dengan cara didikan ibu bapa yang menjerit dan menengking ini sebenarnya memberi kesan negatif pada perkembangan diri mereka dalam jangka masa panjang.
1. Memberontak
Anak memerlukan dorongan positif dalam hidup, mereka perlu diberi peluang untuk meneroka dan mencuba perkara baru. Tegahan dan sikap ibu bapa yang selalu marah dan melarang sebenarnya akan membuat mereka tertekan secara emosional dan sampai satu tahap tak mustahil dirinya memberontak.
2. Menakutkan anak
Ibu bapa mungkin bercakap dengan anak dalam nada tinggi dengan maksud untuk memberi peringatan. Tapi sebenarnya bagi anak-anak kecil ia menjadi pengalaman yang menakutkan dan mengancam keselamatan mereka. Malah boleh menimbulkan perasaan trauma.
3. Jadi sebahagian sikap anak
Anak meniru perbuatan orang tua mereka. Jika ibu bapa membesarkan anak dengan persekitaran penuh jeritan  maka anak juga akan dibentuk dengan sikap demikian.Tak mustahil anak tak rasa satu kesalahan bercakap dengan ibu bapa dengan nada suara yang tinggi.
4. Hilang keyakinan diri
Akibat selalu dimarah, ditegah dan ditengking lama kelamaan keyakinan diri anak terhakis. Dia jadi rendah diri dan sentiasa takut untuk berdepan perkara baru.
5. Masalah tingkah laku
Anak yang kerap dijerit dan ditengking membesar menjadi seorang yang kasar, kurang sabar dan amarah. Mereka mungkin akan dilihat oleh orang luar sebagai bersikap kurang ajar.
Ibu bapa sudah tentu tidak mahu anak berakhir dengan semua sikap negatif ini, jadi sebaiknya hentikan kebiasaan sukar menjerit dan menengking anak. Sentiasa ingat kesan ini setiap kali hendak bersuara pada anak anak.
loading...

0 Response to "Awas, 5 Perkara Ini Akan Terjadi Jika Selalu Tengking Anak"

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close