loading...
Gadis sanggup ditanam hidup-hidup untuk ubati sakit belakang
Ana yang ditanam hingga paras leher untuk mengubati penyakitnya.
###MONTERIA - COLOMBIA . Seorang remaja bersetuju untuk ditanam hidup-hidup bagi merawat sakit belakang yang dihadapinya akibat dipanah kilat.
Ana Ballesteros, 18, ditimbus dengan tanah sehingga paras leher selama tiga hari seminggu di halaman rumahnya.
Rawatan pelik itu memperlihatkan, dia diletakkan di dalam lubang besar sebelum ditimbus dengan tanah.
Keluarganya percaya, dengan berbuat demikian ia mampu mengambil tenaga akibat panahan kilat yang terkena padanya.
Ana dipanah kilat ketika berjalan ke kolejnya baru-baru ini.#
Dia mendapatkan rawatan di hospital namun akibat panahan itu, dia mengalami sakit belakang dan menyebabkan dia tidak dapat berjalan dengan baik.#
Ana memulakan seisi terapi, di mana dia akan ditimbus dengan tanah selama sejam setiap hari selama tiga hari berturut-turut.
Anna berkata, doktor mempelajari bidang perubatan tetapi tidak mengenai kilat.#
"Saya tahu dengan duduk di dalam tanah, saya akan kembali pulih kerana ini salah satu cara rawatan kuno," katanya dipetik Mirror.uk.
Sementara itu, ibu Ana Milena berkata, penduduk tempatan memberitahunya sebelum membawanya ke hospital, adalah lebih baik cuba tanamnya terlebih dahulu untuk mengeluarkan tenaga dari kilat.
"Saya berdoa dia OK jika keluar. Ana tidak boleh berjalan dengan betul dan mengalami luka terbakar dikakinya menyebabkan dia berasa sakit. Saya percaya pada tuhan dan masih tidak diketahui jika rawatan yang baru bermula awal minggu ini akan berkesan," ujarnya.#
Dalam pada itu, salah seorang yang bekerja di sebuah klinik, Walter Gomez mengakui terdapat banyak kepercayaan kuno di kalangan masyarakat
"Tidak ada bukti santifik yang mengatakan seorang pesakit yang dipanah petir perlu ditanam untuk pulih dari kesakitan yang dialami," tambahnya.#
loading...
0 Response to "( TRENDING ) "Saya tahu dengan duduk di dalam tanah, saya akan kembali pulih kerana ini salah satu cara rawatan kuno," -- Gadis sanggup ditanam hidup-hidup untuk ubati sakit belakang !"
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.